//PAJIE\\


  • You just know my name not my story. I don't care what you think about me. Greyson Chance thinks I'm awesome \m/ till we meet again.





  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • FEFEQ dan FEFEQS ?
    Monday, March 25, 2013 | 0 Comments
    dulu time form tu ,aku ada group tau. mulanya, group ni nama asal dia F.E.F.E.Q tapi menjadi F.E.F.E.Q.S sebab tambah sorang member ni hah. *buat muka* nak tau tak, time form 2 adalah zaman kegemilangan buat aku. aku enjoy je dalam tahun tu. aku mulakan lah cerita pasal FEFEQ ni . aku nak taip FEFEQ juga! tak nak ada S *buat muka*

    firstly, hanya aku dan ekin. kalau kau tanya ekin mana , Ekin Tawasil lah. tak kenal? pergi search kat facebook. tak kenal lagi, kesian kau ni kan. jap, ni tengok gambar dia.


    hah dah tengok? tu lah dia. aku dengan ekin duduk kat belakang sekali bawah kipas. kau tau apa kerja kami? MAKAN KUACI selain minta orang spend singgit atau 5posen. tak banyakkan? kalau dia tak nak bagi, kami cari orang lain. baru lah kami keluar rehat awal ikut pintu belakang pergi makan sup kat kantin sebab nanti kantin jadi sesak kalau tak rehat awal :p nampak tak betapa jajalnya aku? tu belum kira aku ponteng solat jemaah, turun pergi sekolah jam 1. -.- ni lah orang duduk asrama ni, tak reti nak bersyukur. hah tau pun! :p hahaha. jangan contohi tau!

    lepas tu Eka pulak join kami berdua kat belakang. dah 3 orang hantu duduk kat belakang tu. hahaha :p kalau eka kau kenal tak ? kalau tak kenal pergi add kat facebook, arkashaa irisyanaa. apa motif aku bagi facebook dorang? sebab kalau aku bagi twitter belum tentu kau ada twitter kan? muahahaha, nak tengok eka tak?


    apa dia? eka cantik? memang pun. mak dia asal indon oii. tu la putih. tak puas menatap gambar dia sila lah buka facebook dia yaa. dalam kami berlima, dia sorang je pengawas. baju sekolah colour biru. asal bergambar je dia jadi penegasan. hahaha! 

    dah 3 orang jadi hantu. datang 2 orang sekali gus jadi hantu makan kuaci makan maggi kat kelas 2 Mawar tu. hihihi. tu dia tu dia fateen, fb dia senang je. Fateen Azaman, dia kawan aku gaduh :( ala gaduh manja je. tak sampai 3 jam pun kami gaduh. lawan mulut biasa lah tu. aku kan tak nak kalah.



    ye ye aku tahu qila putih dalam gambar ni. aku pun sedar time ambil gambar ni tadi kat facebook ye bukan tangkap gambar ni. ni gambar lama, gambar time jamuan akhir tahun 2Mawar 2011. cute tak apam tu? cute kan? nak order? bolehhhh. boleh pergi facebook ni, Tairiah Adh Dhohiri . umi qila yang buat. sekarang ni alhamdulillah rezeki umi qila makin bertambah, umi qila bukan setakat jual apam je tapi dia jual cake. siap ada cake bermacam-macam bentuk! ada bentuk kasut tumit tinggi, gitar, angry bird and sebagainya. nak tahu dengan lebih lanjut pergi lah facebook tu! okay aku melalut kejap hahaha. 

    tapi.. semenjak naik form 3 kami dah kira macam ada haluan masing-masing. FEFEQ tu tinggal kenangan :) kami dah tak rapat macam form 2, duduk pun dah berpecah. aku duduk dengan qila, fateen dengan ekin tapi pindah sebab........... entahlah. *garu kepala yang tak gatal* eka dengan mizatul tapi akhirnya duduk dengan fatimah sebab mizatul cakap terlampau depan dia takut nak kena soal dengan cikgu. eh poyolah-,- nampak sangat dah berpecah. sorang duk kat situ, sorang duk kat sana, sorang duk kat sini. tinggal aku dengan qila je kekal. alhamdulillah! naik form 4 hmmm lagi lah toksah nak cakap, dah lah kelas Mawar , Anggerik sebelah je tapi kelas TERATAIIIIIII mak aiii depa p letak kat hujung sekali no, rasa macam kelas hujung pun ada :'( eka masuk kelas M , qila masuk kelas A. aku fateen ekin Teratai. uishhh jodoh kami panjang kan? ;) 

    ehhh.. aku baru perasan aku tak da bagi facebook qila kan? ni fb dia, Nur Aqilah Nordin. jenguk lah ye. and lagi satu aku perasan, aku promote dorang pula kan? hahaha! aku punya fb? tak payah tau lah. *evil laugh*

    well, aku doakan kawan-kawan aku bahagia dunia dan akhirat. jadi wanita solehah, solat jangan pernah tinggal, perselisihan faham dalam hubungan persahabatan itu haruslah ada. tapi kadang-kadang perselisihan faham tu lah buat korang bertambah rapat kan? 


    from left : Qila, Fateen, Ekin, ME, Ekin <3


    xoxo ; pajie


    Post a Comment